Kembalikan Hidup Sehat!!

Setelah menipu hari (baca: cheat days)sekian lama, tergerak hati untuk kembali mengira kalori pemakanan harian.

Tergerak untuk kembali memuat turun aplikasi MyNutriDiari. Ia adalah kalkulator kalori untuk memastikan tiada kalori berlebihan untuk ditukar menjadi lemak.

Aplikasi ini membantu kita mengetahui kiraan kalori berdasarkan BMI, kumpulan pekerjaan dan sasaran penurunan berat secara berkala mingguan. Pembakaran kalori juga boleh dikira berdasarkan aktiviti harian yang kita lakukan.

Maka, pagi dimulakan dengan makanan yang agak ringan. 2 keping roti dengan seketul ayam kari dan air kosong. Selepas perhimpunan pagi dihospital, minum setin kopi segera sebelum memandu ke Hospital Jengka untuk tugasan klinikal.

Alangkah terkejut dihati, kalkulator kalori menunjukkan sarapan pagi ini berjumlah 753 kcal ataupun 45% daripada keperluan harian. Apa???! Jangan perasan makanan kita berkalori rendah, padahal sebaliknya.

Gunakanlah MyNutriDiari untuk merancang pemakanan. Ia percuma tetapi amat berguna untuk kita berusaha menjalani gaya hidup sihat.

Cubalah!! Sihat adalah hak individu.

(Visited 39 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *