Macam Mana Boleh Melihat Darah

“Macamana korang boleh tengok darah?”

“Korang tak rasa ngeri ke tengok tulang patah terkeluar dari isi?”

“Tengok kepala pecah, tiada rasa nak muntah ke?”

“Kalau di lapangan, mangsa kemalangan tertusuk besi tiada rasa nak pitam ke?”

“Kasihan orang hospital, hari raya kena kerja.”

Sebenarnya kami ini orang biasa-biasa sahaja. Setakat darah, tulang terkeluar, kepala retak dan bekerja di hari raya sebenarnya pegawai & anggota petugas Unit Pra Hospital agak lali. Sudah hilang rasa gentar dan takut.

“Oh, kalau begitu siapa yang lagi yang lebih ‘ganas’ daripada staf kau ni Sazwan?”

Paramedik yang di udara. Mereka memakai payung terjun bersedia memberikan bantuan kecemasan dari aras 10,000 kaki. Mereka memantau latihan payung terjun tentera.

Saya tabik. Sudahlah membawa payung terjun di belakang dan peralatan perubatan. Beratnya puluhan kilogram. Perlu pula keberanian untuk terjun dan meluncur. Perlu juga cekap mengembangkan payung terjun bila tiba masanya.

Jangan tanya kepada saya samada berani atau tidak. Paramedik tentera berpayung terjun memang berada di dalam kelas keberanian dan pengorbanan yang tinggi demi negara tercinta.

(Visited 62 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *