Review Buku Cikgu Bukan Superman

Lama berhenti reviu daripada Ramadan yang lalu. Seronok anak saya melihat kulit buku ini. Kecewa dia kemudiannya setelah mengetahui ini bukanlah buku komik Ultraman, wira kegemarannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohd Zamri Husaini yang menulis buku ini.

Buku ini untuk ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Ibubapa yang menyatakan zaman ayah dahulu, ibu dahulu … Zaman berubah. Pendidikan juga berubah. Mungkin ibubapa yang alpa menyerahkan semua kepada guru.

Ibubapa mungkin pernah terdengar perkataan yang berkaitan dengan pendidikan. Apakah KBAT? Apa kelebihan I-Think? Perlukah murid sekolah belajar tentang Coding? Mengapa sistem pendidikan Finland dan China antara yang terbaik di dunia? Anak anda slow learner? Perlukah murid mendapat semua A dalam peperiksaan?

Saya tabik kerana penulis bukan menulis secara sembarono. Beliau ada rujukan. Ada rujukan buku, jurnal dan internet.

Ibubapa sekelian. Sistem pendidikan kita dalam proses transformasi. Daripada sistem hafalan kepada sistem ilmu,kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan evaluasi. Beri sokongan. Berani berubah.

(Visited 54 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *