Gara-gara ambil suplemen dan tidak ikut rawatan Doktor, buah pinggang rosak untuk selama-lamanya.

 

Gara-gara ambil suplemen & tidak ikut rawatan Doktor, buah pinggang rosak untuk selama-lamanya.

60 tahun lelaki
Kencing Manis lebih 5 tahun
Pengawalan Kencing Manis beliau sangat teruk. Bacaan HbA1C selalu nya lebih 10%. Ini adalah bacaan purata pengawalan Kencing Manis selama 3 bulan. Maksudnya kalau anda berpuasa 3 hari sebelum periksa darah, Doktor masih tahu anda mengelat sebab HbA1C akan tinggi bacaannya. Bacaan HbA1C secara umumnya sepatutnya < 7% kecuali seseorang itu ada risiko lain (ADA, 2017)

Pengamal perubatan mohon ambil insulin untuk mengawal Kencing Manis, tak mahu. Beliau mula tak lalu makan, tak bertenaga bulan Mei yang lalu. Dah sesak nafas, baru masuk ke wad. Rupanya paru-paru dah masuk air; buah pinggang dah rosak. Bacaan creatinine dah 279 umol/L (normal bawah 100).

Lepas itu, macam biasa lah kan. Beliau menjadi target jurujual yang lebih pandai dari Pakar. Beli lah sekotak Ce******. Wah, macam sihat sikit; tapi kejap sahaja macam itu.

Bukan setakat itu sahaja. Kata isteri beliau, dah menular katanya belalai gajah membaikkan buah pinggang. Riuh dah sekampung. Bak katanya, setiap laman rumah dah ada pokok belalai gajah. Mungkin nama kawasan kampung itu pun boleh di tukar kan kot.

Mohon ambil ubat Doktor tak mahu, tapi yang lain-lain senang pulak. Tak payah di suruh.

Dengan tekunnya beliau ambil kurang-kurang 20 helai direbus setiap 2-3 hari. Cerita seterusnya dah agak lah kan. Beliau mula balik sesak nafas, masuk ke wad semula. Tak sampai 2 bulan kemudian, bacaan buah pinggang creatinine dah naik ke 500umol/L. Kerana terlampau banyak air dalam badan, beliau terpaksa menjalani Dialisis. Pada masa yang sama fungsi hati pun terjejas, bacaan Alanine Aminotransferase melebihi 1000 u/L (normal bawah 120).

Badan beliau seperti gambar (hiasan) no 4, kurus, kami panggil “cachexia”. Macam ini lah kami boleh tahu yang seseorang itu memang telah kronik; sangat selalu saya lihat jika Kencing Manis tak di kawal dengan elok.

Cuba baca tentang belalai gajah; siapa lah kata yang ianya elok untuk manusia? Ada kajian, dah diterbitkan didalam jurnal. Kajian masih dijalankan dengan haiwan. MasyaAllah!

Saya nasihatkan:

1. Bila Doktor syorkan insulin, terima sahaja lah. Pengawalan Kencing Manis yang baik boleh mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang.

2. Belalai gajah atau nama sientifiknya Clinacanthus nutans -penggunaan untuk perawatan manusia masih belum ada lagi. Kalau nak bagi tikus mungkin boleh lah kot. Kalau elok untuk buah pinggang, saya lah orang pertama yang akan bagi anda. Nak baca pasal belalai gajah, boleh baca link yang saya sertakan dibawah.

3. Jangan kelam kabut bila diberitahu ada penyakit buah pinggang. Jangan memandai cari “rawatan sendiri”. Lebih elok bincang secara rational & mendalam dengan DOKTOR, bukan jurujual yang nampaknya lebih pandai dari Doktor. Lain orang, lain cara penjagaannya. Yang sama — ELAKKAN suplemen atau makanan tambahan dan ambil ubat Doktor mengikut ketetapan.

Khas untuk semua jurujual: jika kajian produk anda di buat ke atas tikus, mohon bagi saja lah tikus makan. BUKAN MANUSIA.

Saya syorkan taman lah bunga-bunga, baru cantik dan berseri taman anda itu. Tak payah lah pokok belalai gajah.

(Visited 104 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *